PENGENALAN SENI

Seni merupakan istilah yang digunakan untuk menerangkan ekspresi kreativiti atau bayangan. Seni juga merupakan luahan kreativiti manusia yang paling dikenali dan dianggap sebagai keunggulan daya cipta manusia. Walaupun begitu, seni sukar ditakrifkan disebabkan setiap seniman mempunyai aturan dan sekatan tersendiri bagi setiap hasil kerja mereka, seni boleh dikatakan sebagai proses dan hasil dari pemilihan saluran 'medium', untuk menyampaikan sama ada kepercayaan, idea, rasa, atau perasaan dalam bentuk terbaik untuk saluran tersebut.


 PENGENALAN KEPADA LUKISAN DALAM PENDIDIKAN SENI

        SEJARAH LUKISAN

  • Lukisan awal telah ditemui di dinding-dinding gua yang dihasilkan oleh manusia purba.Lukisan tersebut berkisar tentang aktiviti kehidupan seharian seperti perburuan dan pengembaraan.
  • Di Malaysia lukisan gua telah dijumpai di Gua Niah, Sarawak dan Gua tambun, Perak.
  • Kebanyakan karya lukisan di dinding gua menggunakan gaya yang sama, iaitu imej binatang digambarkan dengan pelbagai kualiti garisan ringkas dengan komposisi yang hampir sama, iaitu memanjang dan berkumpulan serta menggambarkan pelbagai binatang yang mungkin menjadi hasil buruan untuk makanan mereka pada zaman dulu.

This free website was made using Yola.

No HTML skills required. Build your website in minutes.

Go to www.yola.com and sign up today!

Make a free website with Yola